Carian
Rekaan Dan Spesifikasi Lengkap Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Tertiris Sepenuhnya
February 19, 2018 Effi Saharudin

Tinggal enam sahaja lagi sebelum acara pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ di MWC Barcelona. Seperti dijangka rekaan dan spesifikasi penuh peranti utama Samsung untuk separuh tahun pertama 2018 ini akan tertiris awal. Kali ini ia ditiriskan oleh laman Winfuture.de. Dari apa yang anda boleh lihat di bawah, rekaan akhir peranti memang menyamai beberapa rekaan yang tertiris sejak beberapa bulan yang lalu.

Kita mulakan dengan Samsung Galaxy S9. Ia dilengkapi skrin 5.8″ SAMOLED QHD+, dijana pemproses Exynos 9810/Snapdragon 845, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB UFS 2.1. Ia menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Kamera utama sebesar 12-Megapixel dengan bukaan kamera boleh ubah f/1.5+f/2.4. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Kapasiti bateri peranti ialah 3000 mAH dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Ia mengekalkan sistem imbasan anak mata dan pengimbas cap jari. Fungsi baru yang diperkenalkan pula ialah sistem pengenalan wajah dan speaker stereo.

Samsung Galaxy S9+ pula ialah peranti lebih besar dengan skrin 6.2″ SAMOLED QHD+, dijana pemproses Exynos 9810/Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan storan 64GB UFS 2.1. Ia turut menyokong kad mikroSD sehingga 400GB.

Kamera utama menggunakan sensor berkembar 12+12Megapixel. Satu sensor dengan bukaan kamera boleh ubah f/1.5+f/2.4 dan sebuah lagi sensor dengan lensa f/2.4. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Kapasiti bateri peranti ialah 3500 mAH dengan sokongan pengecasan pantas menerusi USB-C. Seperti Galaxy S9, model ini menyokong sistem imbasan anak mata, pengimbas cap jari, sistem pengenalan wajah dan speaker stereo.

Kedua-dua model ditawarkan dalam warna Midnight Black, Purple Purple, Coral Blue dan Titanium Gray

Komen