Spotify Semakin Menghampiri Untuk Menghasilkan Aksesori Tersendiri

Spotify Semakin Menghampiri Untuk Menghasilkan Aksesori Tersendiri

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Spotify merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran penstriman muzik, membolehkan pengguna menikmatinya dengan mudah melalui aplikasi mereka. Selain daripada aplikasi, Spotify juga turut bekerjasama dengan sejumlah pengeluar speaker dan aksesori untuk menyokong penstriman terus ke peranti pihak ketiga dengan mudah.

Spotify

Pada tahun lepas, kita telah melihat Spotify turut telah memulakan pencarian pekerja baru untuk membangunkan dan menghasilkan aksesori mereka tersendiri. Ketika itu, Spotify mengatakan mereka ingin hadir dengan kategori serba baru seperti Pebble Watch, Amazon Echo, atau Snap Spectacles. Ia dilihat Spotify ingin memfokuskan kepada peranti berhubung dalam memudahkan pengguna menikmati kandungan beraudio dengan mudah.

Kini, bergerak kehadapan, Spotify dilihat sedang mempersiapkan pelbagai perkara berkaitan dengan pengeluaran, pemasaran dan sebagainya. Perkara ini diketahui melalui penawaran Spotify Jobs yang terkini.

Apakah produk yang bakal ditawarkan masih menjadi tanda tanya. Tetapi, dengan lebih 70 juta pengguna seluruh dunia, tidak mustahil kita melihat Spotify hadir dengan speaker pintar dan sebagainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN