Gartner – 85.9% Telefon Pintar Yang Dijual Sepanjang 2017 Menggunakan Android

Gartner – 85.9% Telefon Pintar Yang Dijual Sepanjang 2017 Menggunakan Android

Diterbitkan pada Feb 23, 2018 oleh .

Apakah sistem operasi dengan jumlah pengguna terbesar di dunia? Sekiranya jawapan anda ialah Android, tahniah anda betul kerana ini mungkin soalan yang amat mudah untuk dijawab. Dominasi Android di dalam dunia telefon pintar semakin kukuh tahun lalu mengikut angka yang dikeluarkan oleh firma Gartner.

Menurut mereka sebanyak 1.537 bilion telefon pintar telah terjual sepanjang 2017. Dari jumlah ini 1.32 billion atau 85.9% adalah peranti yang menggunakan Android diikuti oleh 215 juta (14%) menggunakan iOS dan 1.5 juta (0.1%) menggunakan sistem operasi lain. Android menunjukkan peningkatan berbanding 2016 manakala iOS dan sistem operasi lain (Windows Phone dan Blackberry) menunjukkan penyusutan.

Sepanjang 2017, 99.9% telefon pintar yang dijual menggunakan sistem operasi Android dan iOS. Ini tidak mengejutkan kerana Microsoft tidak melancarkan peranti utama Windows 10 Mobile langsung tahun lalu kerana bukan lagi fokus utama bagi mereka. Apakah sistem operasi yang digunakan pada telefon pintar anda sekarang?


TIPS & ULASAN