Nokia 1 Diperkenalkan – Peranti Android Oreo Go Edition Mampu Milik

Nokia 1 Diperkenalkan – Peranti Android Oreo Go Edition Mampu Milik

Diterbitkan pada Feb 25, 2018 oleh .

Pagi tadi Alcatel 1X menjadi peranti pertama yang dilancarkan dengan sistem operasi Android Go. Sistem operasi ini memerlukan peranti dengan spesifikasi yang rendah untuk berfungsi. Nokia tidak mahu ketinggalan dan telah memperkenalkan Nokia 1 sebentar tadi.

Ia adalah peranti kedua yang menggunakan sistem operasi Android Oreo Go Edition. Dari segi spesifikasi Nokia 1 dilengkapi skrin 4.5″ IPS LCD FWGA, dijana pemproses MediaTek MT6737M, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB (sokongan kad mikroSD sehingga 128GB).

Kamera utama sebesar 5-Megapixel manakala kamera swafoto pula sebesar 2-Megapixel. Bateri sebesar 2150 mAh yang boleh ditanggalkan membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 8.1 Oreo Go Edition ini.

Seperti peranti-peranti klasik Nokia era 90an, Nokia 1 menyokong penukaran panel belakang menggunakan sistem Xpress-On Cover. Bagi yang berminat Nokia 1 akan dijual bermula April ini pada harga amat mampu milik $85 (~RM 333).


TIPS & ULASAN