Samsung Galaxy S9 dan S9+ baru sahaja dilancarkan di acara MWC 2018. Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah AR Emoji iaitu saingan kepada Animoji yang terdapat pada iPhone X. Kelebihan pada AR Emoji berbanding Animoji ialah, ia menghasilkan watak 3D yang serupa dengan wajah pengguna. Watak 3D ini kemudian boleh digunakan untuk melakukan animasi yang kemudiannya boleh dikongsi dengan rakan taulan.
Jika mereka tidak mahu menggunakan avatar 3D peribadi, pengguna Galaxy S9 dan S9+ juga boleh menggunakan watak dari Disney. Buat masa ini hanya watak Mickey Mouse, Minnie Mouse dan keluarga The Incredibles boleh digunakan. Mungkin di masa hadapan lebih banyak watak akan ditambah.