Hanya 850,000 BlackBerry KeyOne Terjual Sepanjang 2017

Hanya 850,000 BlackBerry KeyOne Terjual Sepanjang 2017

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Putar jam anda ke belakang selama sedekad dan landskap dunia peranti mudah alih adalah amat berbeza. Bagi pengguna perusahaan, BlackBerry keluaran Research In Motion ialah peranti yang digunakan secara meluas. Indonesia pula dinobatkan sebagai negara dengan pengguna BBM terbesar di dunia. Itu dahulu bagaimana pula dengan situasi semasa?

Peranti BlackBerry tidak lagi sepopular dahulu. Mengikut Francisco Jeronimo yang menganalisa untuk IDC, hanya 850,000 peranti BlackBerry KeyOne terjual sepanjang tahun lalu. Jumlah yang amat kecil tetapi dijangka bagi peranti yang mensasarkan pasaran niche pengguna yang masih memerlukan peranti dengan papan kekunci fizikal.

Sungguhpun begitu BlackBerry Mobile berpuas hati dengan jualan buat masa ini kerana peranti mereka kini lebih mudah dimiliki hasil kerjasama dengan TCL. Antara sebab mengapa jualan peranti BlackBerry tidak setinggi pengeluar lain ialah ramai pengguna tidak menyedari mereka sudah berubah kepada platform Android.

BlackBerry Mobile masih mempunyai sasaran untuk memegang 5% pasaran peranti premium. Masihkah ada pembaca Amanz yang mendambakan peranti berjenama BlackBerry?


TIPS & ULASAN