Sistem Sekuriti iOS 11 Dilaporkan Berjaya Dipintas Oleh Firma Cellebrite

Sistem Sekuriti iOS 11 Dilaporkan Berjaya Dipintas Oleh Firma Cellebrite

Diterbitkan pada Feb 27, 2018 oleh .

Masih ingatkah anda dengan firma Cellebrite? Firma ini menjadi tumpuan dunia selepas perkhidmatan mereka digunakan oleh pihak FBI untuk mengakses kandungan telefon iPhone 5C milik pengganas San Bernadino. Perkhidmatan syarikat dari Israael ini digunakan selepas Apple enggan bekerjasama untuk menyahkunci peranti atas dasar privasi pelanggan.

Hari ini menurut laporan Forbes, Cellebrite mampu memintas sistem sekuriti sistem operasi iOS 11 termasuklah model terkini iPhone X. Perisian yang dibangunkan mereka sendiri ini boleh mengagak kata laluan, corak kekunci dan kod pin laluan peranti yang diperlukan. Sistem operasi yang boleh dipintas ialah iOS 5 hingga 11 dan juga Android. Selepas dipintas kesemua maklumat terkandung di dalam peranti dengan mudah diakses oleh pihak berwajib.

Perisian Cellebrite ini dipercayai telah digunakan untuk mengakses kandungan sebuah iPhone X milik seorang suspek penyeludupan senjata di Amerika Syarikat. Bukti yang ditemui di dalam peranti digunakan untuk mendakwa Abdulmajid Saidi pada Disember yang lalu.

Laporan walaubagaimanapun tidak memberikan maklumat terperinci versi iOS 11 yang boleh dipintas oleh Cellebrite. Pihak Cellebrite tidak berkongsi dengan Apple kerentanan yang mereka temui untuk memintas skrin kekunci.


TIPS & ULASAN