Carian
Bixby 2.0 Akan Diperkenalkan Pada Samsung Galaxy Note 9
February 27, 2018 Effi Saharudin

Samsung Galaxy S9 dan S9+ baru sahaja diperlihatkan kepada dunia. Antara ciri menarik peranti ini ialah Ia mampu melakukan alih bahasa terus dari aplikasi kamera. Walaupun masih berbau kedai, Samsung sudahpun berkongsi maklumat mengenai peranti utama mereka yang seterusnya iaitu Galaxy Note 9.

Di dalam sesi temubual bersama media, DJ Koh yang merupakan CEO bahagian peranti mudah alih mendedahkan Bixby 2.0 akan diperkenalkan pada Note 9 kelak. Ia adalah penambahbaikan dari Bixby semasa dengan kemampuan mengenali suara pengguna berbeza dan bakal menjadi pembantu maya utama untuk mengawal sistem peranti berhubung Samsung SmartThings.

Tiada maklumat mengenai apakah fungsi menarik yang mampu dilakukan oleh Bixby 2.0. Samsung hanya berkongsi mereka kini edang menguji Bixby 2.0 Beta bersama 800 rakan niaga mereka.

Komen