Asus Menyertakan Sokongan ZeniMoji Pada Zenfone 5 – Menyaingi Animoji Dan AR Emoji

Asus Menyertakan Sokongan ZeniMoji Pada Zenfone 5 – Menyaingi Animoji Dan AR Emoji

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat pengenalan Animoji daripada Apple dan juga AR Emoji daripada Samsung – dimana ia menawarkan watak 3D beranimasi yang boleh bergerak mengikut pergerakkan wajah pengguna. Kini, Asus turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan ciri lebih kurang sama dinamakan ZeniMoji.

Asus Zenimoji

ZeniMoji menggunakan kamera hadapan untuk mengikut gerakkan wajah pengguna dan menganimasikannya melalui pilihan watak animasi yang dipilih. Buat masa ini, ia masih tidak tersedia lagi, tetapi Asus menjanjikan ia akan ditawarkan bersama Zenfone 5 dan Zenfone 5Z apabila ia dipasarkan kelak.

Menariknya untuk ZeniMoji adalah ia turut diintegrasikan terus ke aplikasi kamera, membolehkan anda membuat penstriman langsung menggunakan wajah animasi berkenaan ke beberapa laman sosial sedia ada hari ini.

Asus Zenimoji

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai sokongan ZeniMoji ini dalam masa terdekat – apatah lagi apabila pelancaran rasmi Zenfone 5 semakin hampir.


TIPS & ULASAN