Nokia 2 Kini Di Malaysia Pada Harga RM429 – Menawarkan Bateri Sebesar 4100mAh

Nokia 2 Kini Di Malaysia Pada Harga RM429 – Menawarkan Bateri Sebesar 4100mAh

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Pada bulan Oktober lepas, HMD Global telah memperkenalkan telefon pintar dengan fokus terhadap penawaran penggunaan yang lama melalui bateri bersaiz besar, iaitu Nokia 2. Kini, ia dilihat telefon pintar berkenaan telah pun ditawarkan di Malaysia.

Nokia 2

Nokia 2 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip Snadragon 212, memori 1GB RAM dan storan bersaiz 8GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan bateri bertahan sehingga dua hari. Nokia 2 menggunakan bateri berkapasiti 4100mAh, dan dicas menggunakan mikro-USB.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti berspesifikasi rendah dan penawaran antaramuka asal Android ini pada harga RM429 di Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN