Lagi Gambar Huawei P20 Lite Tertiris – Skrin Bertakuk Dan Dijana Pemproses Kirin 659

Lagi Gambar Huawei P20 Lite Tertiris – Skrin Bertakuk Dan Dijana Pemproses Kirin 659

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Sebulan sahaja lagi sebelum kesemua model Huawei P20 akan dilancarkan di kota Paris. Sebelum ini rekaan Huawei P20 tertiris menerusi Evan Blass yang lebih dikenali sebagai @evleks. Hari ini beliau muncul lagi dengan rekaan Huawei P20 Lite pula.

Menarik sekali pada gambar yang ditiriskan ini ialah penggunaan skrin bertakuk pada model dengan spesifikasi terendah ini. Seperti P20, P20 Lite turut menggunakan sistem dwi-kamera pada bahagian belakang. Perbezaan paling ketara ialah P20 Lite meletakkan pengimbas cap jari pada panel belakang.

Spesifikasi juga tertiris dimana ia dilengkapi skrin 5.6″ FHD+, dijana pemproses Kirin 659, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16+16 Megapixel, bateri 3520 mAh dan menggunakan Android Oreo. Rekaan mana lebih menarik bagi anda? Huawei P20 ataupun P20 lite?


TIPS & ULASAN