Carian
LG
LG G7 (Neo) Ditemui DI MWC Dengan Skrin Bertakuk Dan Pemproses Snapdragon 845
March 1, 2018 Effi Saharudin

Pembangunan “LG G7” dilaporkan telah dihentikan bagi menghasilkan peranti utama yang diberikan kod nama Judy. Peranti lebih baru ini mensasarkan jualan pada pertengahan tahun dan akibatnya LG G7 dibatalkan. Menarik sekali peranti LG G7 (Neo) telah ditemui di reruai LG di MWC. Ini berkemungkinan besar peranti yang dibatalkan dan digantikan dengan Judy.

Ia ditemui oleh wartawan Ynet.co.il kerana dipaparkan secara terbuka. Ia sebuah peranti dengan skrin 6″ OLED QHD+ yang bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 845, memori 4/6 GB RAM, storan 64/128 GB, kamera utama 16+16 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAH.

Pengimbas cap jari terletak di bahagian belakang manakala dwi-kamera disusun secara menegak. Sekiranya benar ini peranti yang telah dibatalkan, mengapakah ia masih dipamerkan di reruai? Di MWC hanya LG V30S ThinQ dilancarkan secara rasmi dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding G7 Neo ini.

 

Komen