Snapchat Dilaporkan Sedang Membangunkan Kaca Mata Pintar Spectacles Generasi Baru

Snapchat Dilaporkan Sedang Membangunkan Kaca Mata Pintar Spectacles Generasi Baru

Diterbitkan pada Mac 3, 2018 oleh .

Snap, syarikat disebalik aplikasi Snapchat kini dilaporkan sedang membangunkan generasi baru untuk kaca mata pintar Spectacles.

Untuk makluman, Spectacles generasi pertama telah diperkenalkan sebelum ini yang hadir dengan kamera terbina bagi memudahkan pengguna merakamkan video dan berkongsi ke Snapchat. Namun, permintaan untuk Spectacles sebelum ini dikatakan tidak begitu tinggi seperti jangkaan awal.

Snap dikatakan sedang membangunkan dua variasi produk Spectacles baru. Dimana variasi pertama memfokuskan kepada peningkatan prestasi dan pilihan warna baru – sementara satu lagi variasi memfokuskan kepada teknologi kamera yang lebih baik dengan dua lensa yang mungkin membawa harga sedikit mahal.

Snap dijangka akan memperkenalkan Spectacles generasi kedua seawal suku kedua atau ketiga tahun ini.


TIPS & ULASAN