Spectacles Tidak Terjual Menyebabkan Snap Inc Menanggung Kerugian $40 Juta

Spectacles Tidak Terjual Menyebabkan Snap Inc Menanggung Kerugian $40 Juta

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Bulan lalu kami melaporkan Snap Inc gagal menjual 150,000 cermin mata pintar Spectacles yang digunakan eksklusif dengan aplikasi Snapchat. Lambakan stock tidak terjual ini didedahkan menyebabkan Snap Inc menanggung kerugian $40 juta (~RM 169 juta) mengikut laporan kewangan terkini yang dikeluarkan mereka.

Lambakan stok Spectacles yang tidak terjual ini serta laporan kewangan yang kurang baik menyebabkan stock Snap Inc turut 20% sejak beberapa hari yang lalu. Menghasilkan peranti boleh pakai ialah percaturan yang mempunyai risiko yang tinggi.

Google sendiri menghentikan penjualan Glass kerana sambutan kurang memuaskan. Apple ialah syarikat yang akan cuba menghasilkan cermin mata pintar mereka dengan teknologi AR. Persoalan di sini ialah adakah Apple akan akhirnya berjaya ataupun mengikut langkah Google dan Snap Inc?


TIPS & ULASAN