Vivo Malaysia Turut Hadir Dengan Gambar Acah Untuk Vivo V9

Vivo Malaysia Turut Hadir Dengan Gambar Acah Untuk Vivo V9

Diterbitkan pada Mac 5, 2018 oleh .

Beberapa hari lepas, kita telah melihat Vivo telah mula memasang papan iklan Vivo V9 di Indonesia. Kini, pengeluar peranti mudah-alih popular dari China tersebut juga telah memulakan promosi peranti Vivo V9 akan datang berkenaan di Malaysia.

Buat masa ini, Vivo sedang menjalankan sebuah pertandingan swafoto melalui Facebook, dan dilihat memfokuskan kepada angka “9”. Pada poster pertandingan berkenaan juga, mereka menyatakan nama Vivo V9 dengan kamera hadapan 24-megapixel.

Vivo V9 Malaysia

Malah, gambar peranti yang digunakan pada poster berkenaan turut memperlihatkan penggunaan takuk – salah satu trend yang semakin popular akhir-akhir ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo akan melancarkan telefon pintar Vivo V9 ini secara rasminya – dan apakah spesifikasi penuh yang akan dibawakan olehnya.

Vivo V9 Malaysia


TIPS & ULASAN