Huawei Nova 2 Lite Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Mac Ini

Huawei Nova 2 Lite Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 15 Mac Ini

Diterbitkan pada Mac 6, 2018 oleh .

Seperti dilaporkan semalam, pihak Huawei Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan Huawei Nova 2 Lite secara rasminya pada 15 Mac ini.

Huawei NOva 2 Lite

Nova 2 Lite menawarkan skrin 5.99-inci, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan sensor 13MP dan 2MP, selain kamera 8-megapixel di hadapan. Nova 2 Lite dijana menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh bersama-sama dengannya.

Kita akan mengetahui lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual pada 15 Mac ini. Bagi anda yang merancang mendapatkan peranti baru, mungkin boleh nantikan sehingga 15 Mac ini dalam membuat keputusan akhir anda.


TIPS & ULASAN