Carian
Google Lens Diaktifkan Kepada Semua Peranti Android Hari Ini
March 7, 2018 Effi Saharudin

Google Lens ialah fungsi menarik yang diperlihatkan oleh pada acara Google I/O tahun lalu. Ia membolehkan peranti melihat persekitaran anda, menganalisa apa yang dilihat sebelum memberikan maklumat yang dirasakan relevan kepada pengguna. Ia adalah fungsi eksklusif kepada peranti Pixel sehinggalah hari ini.

Peranti Android yang telah mengemaskini Google Photos ke versi paling terkini mula menerima fungsi ini pada peranti mereka. Apa yang anda perlu lakukan ialah melancarkan Google Assitant. Pada bucu bawah sebelah kanan terdapat ikon empat segi berbentuk kamera. Apabila ditekan ia akan melancarkan Google Lens. Tekan subjek pada skrin untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Pengaktifan fungsi ini sudah lama kami nantikan. Malahan fungsi yang sama mula dilihat pada peranti pengeluar seperti Galaxy S9 menerusi pembantu maya Bixby mereka. Google Lens buat masa ini hanya diaktifkan bagi peranti Android dengan versi iOS menyusul dalam masa terdekat.

Komen