Grab Sekali Lagi Dilaporkan Menghampiri Pengambilan Perniagaan Uber Di Asia Tenggara

Grab Sekali Lagi Dilaporkan Menghampiri Pengambilan Perniagaan Uber Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah mendengar laporan mengatakan yang mana Grab mungkin mengambil-alih perniagaan Uber di Asia Tenggara, selain pihak Uber sendiri menyangkal laporan berkenaan.

Kini, ia sekali lagi kedengaran, dan menurut Bloomberg, perjanjian diantara kedua-dua pihak dijangka ditandatangani seawal minggu ini atau depan.

Grab

Melalui perjanjian berkenaan, ia dikatakan Grab akan membeli dan mengambil-alih perniagaan Uber di sesetengah pasaran di Asia Tenggara. Sebagai ganti, Uber dikatakan akan mengambil pegangan di Grab – mencapai sehingga 20%.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membuatkan Uber dan Grab berjimat dalam persaingan – selain untuk Uber sendiri, mereka boleh mengurangkan kos operasi dan sebagainya.

Sebelum ini, Uber turut telah melakukan perkara sama di China, dimana mereka menjual operasi di China kepada Didi Chuxing pada 2016 lepas, dan sebagai ganti mereka mengambil sedikit pegangan pada Didi Chuxing.


TIPS & ULASAN