Vivo pada minggu lepas telah memperkenalkan peranti konsep Vivo Apex yang mana hadir dengan skrin meliputi hampir 98% daripada bahagian hadapan, selain turut menawarkan kamera hadapan yang boleh disembunyikan.
Peranti konsep ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Dengan pelbagai penawaran menarik ini, ia sekaligus mencuri perhatian ramai peminat gajet seluruh dunia.
Bercakap mengenainya, kini ia dilaporkan akan ditawarkan kepada umum sekitar penghujung 2018 atau awal 2019 kelak.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berkenaan harga penawaran dan negara yang ia akan ditawarkan. Tetapi, dengan rekaan nirbingkai serta penyertaan beberapa teknologi terkini, tidak mustahil untuk kita melihat harga jualannya adalah agak premium berbanding dengan peranti jenama Vivo yang lain.