Cari @ Amanz

Sejak beberapa hari lepas, kita telah melihat beberapa gambar Vivo V9 diperlihatkan dalam bentuk ketirisan poster dan papan iklan. Kini, kami turut menerima beberapa gambar Vivo V9 yang dirakamkan – sekaligus memperlihatkan peranti berkenaan dengan lebih dekat lagi.

Vivo V9 hadir dengan rekaan skrin hampir nirbingkai, dan menggunakan takuk pada bahagian atas skrin. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Vivo V9

Vivo V9

Vivo V9

Secara kasar, boleh dikatakan ia mengambil inspirasi daripada iPhone X. Selain itu, Vivo V9 turut mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada bahagian bawah, selain turut hadir dengan penggunaan pengecasan berasaskan mikro-USB. Vivo V9 turut menyertakan sokongan dwi-SIM dan slot mikro-SD bersama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Vivo V9 akan dilancarkan di Malaysia. Memandangkan ia telah melepasi pengesahan Sirim, maka tidak mustahil kita dapat melihatnya tidak lama lagi.

Vivo V9

Vivo V9

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd