Carian
Android Wear Mungkin Dijenamakan Semula Kepada Nama “Wear OS”
March 11, 2018 Aman

WearOSAndroid Wear merupakan penawaran sistem operasi khusus yang dioptimasikan untuk jam tangan pintar. Terdapat sejumlah peranti dipasaran hari ini yang menggunakannya. Walaupun sudah agak jarang kita mendengar mengenai pelbagai pembaharuan dan peranti menggunakannya akhir-akhir ini, tetapi nampaknya Google masih tidak melupakan sistem berkenaan.

Malah, terkini ia dilihat akan menerima nafas baru dari segi logo, dan juga mungkin dikenali sebagai Wear OS.

Berkemungkinan langkah ini diambil oleh Google untuk kurang mengelirukan pengguna mengenai sokongan jam tangan pintar dengan sistem operasi berkenaan. Walaupun ia dipanggil sebagai Android Wear, tetapi pengguna masih boleh menggunakan jam tangan pintar berkenaan bersama iPhone. Dengan penjenamaan semula ini, ia mungkin akan mengurangkan kekeliruaan pengguna – selain memudahkan pengenalan ciri baru tanpa perlu bergantung kepada kemaskini Android setiap tahun.

Apa pun, buat masa ini, Google masih belum mengumumkan perubahan ini secara rasminya lagi, dan mungkin melakukannya dalam masa terdekat ini.

Komen