Carian
SpaceX Menyasarkan Untuk Menguji Roket Ke Planet Marikh Pada Awal 2019
March 12, 2018 Aman

Elon Musk sebelum ini pernah berkongsi beberapa perancangan mengenai misi ke planet Marikh dan membangunkan koloni di sana. Kini, pada acara SXSW yang diadakan pada penghujung minggu, Elon Musk turut mengambil peluang mengatakan SpaceX merancang untuk menghantar kapal angkasa ke Marikh pada awal 2019 kelak.

Ujian awal pada tahun hadapan adalah lebih kepada melancarkan kapal angkasa ke planet Marikh, dan mengembalikan ia semula ke Bumi. Dengan menggunakan semula suatu roket dan kapal angkasa, ia akan mengurangkan kos pengembaraan ke angkasa berbanding kebiasaan.

Roket yang akan ke Marikh ini dikenali sebagai BFR (“Big Falcon Rocket”), dan akan menjadi kenderaan pertama SpaceX yang menyasarkan kepada pengembaraan dan misi luar bumi.

Elon Musk menyasarkan untuk melakukan misi ini lebih awal, memandangkan sebelum ini beliau menyasarkan untuk menghantar misi kargo ke Marikh menjelang 2022 kelak.

Selain Elon Musk dan SpaceX, terdapat beberapa syarikat lain yang turut melihat kepada arena sama – yang mana kita mungkin akan mendengar lanjut pada dekad akan datang.

Komen