Tahun 2018 adalah tahun di mana kebanyakan telefon pintar baru mempunyai skrin bertakuk. OnePlus juga tidak ketinggalan, kerana terdapat tanda-tanda awal yang mengesahkan OnePlus 6 mempunyai skrin bertakuk.
Pihak XDA temui beberapa tanda OnePlus 6 mempunyai skrin bertakuk. Mereka temui tanda-tanda ini dalam barisan kod .APK tetapan pada OxygenOS Open Beta terkini. Mereka temui satu kod nama baru iaitu “Enchilada” yang berkemungkinan besar adalah kod nama untuk OnePlus 6.
Di samping itu, dalam fail imej OxygenOS Open Beta tersebut mempunyai satu gambar seperti skrin bertakuk dengan nama “screendecor_up_img_enchilada_1″. Ia berkemungkinan adalah barisan kod untuk percubaan OnePlus pada peranti prototaip mereka.
Pengguna skrin bertakuk ini pastinya tidak mengejutkan kerana Vivo V9. Oppo R15 dan Oppo F7 sudahpun disahkan menggunakan skrin yang sama. Tahun lalu rekaan OnePlus 5T adalah sama dengan peranti keluaran Vivo dan Oppo kerana ketiga-tiga syarikat berada di bawah payung BBK Electronic.