iFixit – Samsung Galaxy S9 Lebih Sukar Dibaiki Berbanding iPhone X

iFixit – Samsung Galaxy S9 Lebih Sukar Dibaiki Berbanding iPhone X

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

Apabila membeli peranti, kos membaiki sekiranya berlaku kerosakan jarang sekali menjadi faktor pembelian. Dengan penggunaan skrin nirbingkai dan tubuh kaca, kos membaiki peranti kini melonjak ke empat angka sekiranya anda tidak bernasib baik. Seperti biasa apabila peranti baru mula dijual, iFixit akan melakukan analisa sama ada ia mudah dibaiki ataupun tidak.

Mereka baru sahaja melaporkan analisa untuk Samsung Galaxy S9+ dan Galaxy S9. Kedua-dua peranti didapati lebih sukar dibaiki berbanding iPhone X. Markah 4 daripada 10 diberikan untuk kemudahan membaiki S9. Ini adalah lebih rendah berbanding 6 daripada 10 untuk iPhone X. iFixit memuji kebanyakan komponen S9 adalah modular dan mudah digantikan.

Walaubagaimanapun penggunaan gam yang banyak akan menyukarkan proses membuka peranti. Terdapat risiko tinggi panel kaca dan skrin retak ketika proses membaiki. Markah yang diterima oleh Galaxy S9 ini masih lebih baik berbanding Essential Phone yang menerima markah 1 daripada 10.


TIPS & ULASAN