iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video tempatan yang menawarkan penstriman rancangan televisyen dan filem. Ia ditawarkan pada harga langganan RM10, atau lebih rendah apabila anda melanggannya untuk tempoh lebih lama.
Sehingga kini, iFlix hanya menawarkan sokongan bayaran melalui web mereka sahaja. Tetapi, kini, ia berubah apabila iFlix turut telah mula menawarkan kad prabayar untuk perkhidmatan berkenaan melalui 7-Eleven.
Pengguna yang berminat boleh mendapatkan kad prabayar iFlix ini pada harga RM10 untuk sebulan, atau pada harga RM25 untuk langganan tiga bulan. Ini sekaligus memberikan anda pilihan untuk melanggan iFlix tanpa memerlukan kad kredit.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kad prabayar iFlix ini daripada 7-Eleven seluruh negara. Selain kad prabayar iFlix, 7-Eleven juga turut menawarkan kad prabayar untuk Spotify, PlayStation, dan sebagainya.