Cari @ Amanz

Apakah enjin carian gambar kegemaran anda? Kami amat menggemari Google Images kerana terdapat banyak tetapan yang membolehkan gambar yang tepat dipaparkan pada enjin carian. Sebelum ini mereka memperkenalkan lencana yang memudahkan carian resipi dan video. Enjin carian ini dikemaskini sekali lagi dengan paparan maklumat yang lebih berguna pada gambar yang dipaparkan.

Di bawah setiap gambar kini akan dipaparkan tajuk artikel di mana gambar digunakan serta kapsyen yang digunakan. Sebelum ini hanya alamat laman gambar digunakan dipaparkan oleh Images. Dengan paparan baru ini pengguna akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai gambar. Kemaskini ini akan diberikan secara berperingkat minggu ini pada pelayar web mudah alih Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd