Cari @ Amanz

Tahun lalu Samsung dan Apple adalah dua pengeluar peranti dengan jualan terbesar. Di tempat ketiga ialah Huawei yang semakin menghampiri memintas Apple. Sejak dua tahun kebelakangan ini, gergasi dari China ini amat agresif dalam menghasilkan peranti untuk semua segmen pasaran. Hari ini giliran Huawei Nova 2 Lite pula dilancarkan di Malaysia.

Ia sebuah peranti kelas permulaan dengan skrin 5.99″ IPS LCD FullView Display HD+, dijana pemproses Snapdragon 430, memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kamera utama menggabungkan sensor 13+2 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Sistem dwi-kamera yang digunakan adalah dari jenis yang mengesan kedalaman bagi menyokong fungsi bokeh. Bateri pula sebesar 3000 mAh.

Sistem operasi Android 8.0 Oreo dengan pelancar EMUI 8.0 digunakan. Terdapat pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang begitu juga dengan sistem nyahkunci menggunakan wajah. Di Malaysia Huawei Nova 2 Lite akan mula dijual bermula 23 Mac pada harga RM 799 sebuah dengan pilihan warna hitam dan biru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd