Carian
Duolingo Menambah Sokongan Pembelajaran Bahasa Klingon – Ditujukan Untuk Peminat Star Trek
March 15, 2018 Aman

Klingon merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam siri-TV Star Trek, dan diminati ramai peminat siri berkenaan. Kini, anda turut boleh mempelajari bahasa berkenaan dengan mudah melalui laman pembelajaran bahasa, Duolingo.

Duolingo Klingon

Seperti ramai sedia maklum, Duolingo menawarkan pembelajaran bahasa baru secara percuma melalui platform mereka, dan bermula hari ini, anda turut boleh mempelajari bahasa Klingon melaluinya.

Pengajaran dilakukan secara interaktif dalam bentuk seumpama permainan bagi memudahkan pengguna mempelajarinya dengan pantas dan berkensan.

Duolingo kini mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna seluruh dunia. Menurut mereka, sekitar 170,000 pengguna telah membuat pendaftaran minat untuk bahasa yang wujud daripada fiksyen ini, sekaligus membuatkan Duolingo menambah sokongan pembelajaran bahasa berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mempelajari bahasa Klingon ini hari ini secara percuma melalui Duolingo.

Komen