Watak Disney Kini Boleh Digunakan Pada Aplikasi AR Emoji Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Watak Disney Kini Boleh Digunakan Pada Aplikasi AR Emoji Samsung Galaxy S9 Dan S9+

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Pada acara pelancaran Samsung Galaxy S9 dan S9+ bulan lalu, Samsung mengumumkan kerjasama dengan Disney bagi membawakan watak popular mereka ke dalam fungsi AR Emoji dua peranti ini. Hari ini kemaskini diberikan bagi membolehkan watak Mickey dan Minnie Mouse digunakan oleh pengguna.

Dua watak ini ialah watak awal yang akan ditawarkan. Watak dari filem The Incredibles, Zootopia, dan Frozen bakal diperkenalkan secara peringkat sepanjang tahun ini. Untuk menggunakan fungsi baru ini, pengguna perlu membuka aplikasi kamera dan memilih AR Emoji dari menu fungsi. Kini animasi Mickey dan Minnie boleh dihasilkan menggunakan data pergerakan wajah pengguna Galaxy S9.


TIPS & ULASAN