Carian
Apple Menjadualkan Acara Pada 27 Mac – Mungkinkah Kita Melihat MacBook Pada Harga Lebih Kompetitif?
March 16, 2018 Aman

Apple hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 27 Mac kelak. Melaluinya, Apple menyatakan yang mana mereka akan berkongsi idea kreatif untuk pelajar dan para gulu melaluinya.

Dengan fokus terhadap pendidikan, kita mungkin akan dapat melihat peranti yang lebih mampu-milik hadir daripada Apple – dan ia juga selari dengan desas-desus mengatakan yang mana Apple mungkin memperkenalkan MacBook pada harga sedikit rendah, serta model baru iPad. Jemputan yang dihantar juga menggunakan lakaran, sekaligus membawa kepada spekulasi penawaran Apple Pen dan sebagainya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Apple pada penghujung Mac ini.

https://twitter.com/reckless/status/974640632697368576

Komen