Xiaomi Redmi Note 5 telah dilancarkan di China semalam. Ini sebenarnya adalah sebuah Xiaomi Redmi Note 5 Pro yang dikemaskini dengan spesifikasi kamera yang berbeza daripada peranti yang pada asalnya dilancarkan untuk pasaran India.
Xiaomi Redmi Note 5 dilengkapi skrin 5.99 inci IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 3/4/6 GB RAM, storan 32/64 GB dan bateri sebesar 4000 mAh. Kamera belakang 12+5 Megapixel f/1.9+f/2.0 digunakan adalah berbeza dari Note 5 Pro yang menggunakan lensa f/2.2. Kamera utama ini juga kini menyokong sistem pemfokusan Dual Pixel. Kamera hadapan pula kini sebesar 13-Megapixel dan bukan lagi 20-Megapixel.
Sistem operasi Android 8.1 Oreo digunakan dengan pelancar MIUI 9. Di China Xiaomi Redmi Note 5 dijual pada harga di antara RMB 1099 – 1699 (~RM 679 – 1049) sebuah bergantung kepada storan serta saiz RAM.