YouTube Kids Didapati Mempunyai Banyak Kandungan Teori Konspirasi

YouTube Kids Didapati Mempunyai Banyak Kandungan Teori Konspirasi

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Minggu lepas kami laporkan YouTube akan mula memberi informasi yang sahih pada video-video teori konspirasi. Informasi sahih ini dinamakan Information Cues iaitu pautan yang akan membawa penonton terus ke laman Wikipedia. Menurut Business Insiders, YouTube Kids juga didapati mempunyai banyak kandungan video teori konspirasi.

Kandungan ini terdapat pada YouTube Kids kerana ianya tidak ditapis oleh YouTube. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak membuat carian untuk bumi rata, segala video konspirasi mengenai teori bumi rata akan dipaparkan. Business Insider juga mengatakan mereka membuat carian “UFO” pada YouTube Kids dan video teori sepanjang 5 jam berkaitan pergerakan Freemason, pembinaan Statue of Liberty dan konspirasi Islam lain akan dipaparkan. Kandungan ini jelas sama sekali tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Menurut YouTube, algoritma untuk YouTube Kids ini adalah satu sistem berdasarkan latihan manusia dan tiada sistem yang sempurna. Selepas dimaklumkan oleh Business Insider pihak YouTube telah membuang kandungan video ini dari YouTube Kids.

Semua video teori konspirasi masih boleh ditonton tanpa sebarang masalah. Cuma kini, penonton boleh mengakses informasi tambahan yang sahih.


TIPS & ULASAN