Oppo R15 Dan R15 Dream Mirror Edition Kini Rasmi Di China

Oppo R15 Dan R15 Dream Mirror Edition Kini Rasmi Di China

Diterbitkan pada Mac 19, 2018 oleh .

Peranti Oppo R15 dan R15 Dream Mirror Edition akan dilancarkan pada 31 Mac hadapan. Kedua-dua peranti ini akan menjadi peranti utama yang dikeluarkan Oppo yang juga merupakan pengeluar peranti ke-empat terbesar dunia tahun ini. Spesifikasi penuh dan juga harga jualan kedua-dua peranti kini telah diumumkan menerusi laman rasmi mereka

Oppo R15 Dream Mirror Edition ialah peranti dengan skrin 6.28″ OLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+20 Megapixel f/1.7+f/1.7, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3400 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5. Sistem Bluetooth 5.0 disokong. Oppo R15 Dream Mirror Edition dijual pada harga RMB 3299 (~RM 2028) sebuah.

Oppo R15 pula ialah peranti dengan skrin 6.28″ OLED FHD+ bertakuk, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 6GB RAM, storan 128GB, kamera utama 16+5 Megapixel f/1.7+f/2.2, kamera hadapan 20-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3450 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5. Tidak seperti Dream Mirror Edition hanya Bluetooth 4.2 disokong oleh versi ini. Oppo R15 akan dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1843) sebuah.

Kedua-dua turut menyokong sistem pengecasan pantas VOOC. Tiga warna ditawarkan untuk Oppo  R15 iaitu Show White, Hot Red dan Star Purple. Oppo R15 Dream Mirror Edition pula ditawarkan dalam warna Ceramic Black dan Dream Mirror Red.


TIPS & ULASAN