Cari @ Amanz

Selain daripada Oppo F7, pihak Oppo juga dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk, iaitu Oppo R15. Selepas beberapa ketirisan sebelum ini, kini ia dilihat Oppo akan melancarkan telefon pintar ini secara rasminya di China pada penghujung bulan ini, 31 Mac 2018.

Pelancaran Oppo R15

Melalui beberapa ketirisan sebelum ini, Oppo R15 dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.28-inci dengan paparan AMOLED FHD+ pada nisbah 19:9, dilengkapi takuk pada bahagian atas, dilengkapi memori sehingga 6GB RAM, dan menggunakan dwi-kamera belakang, serta kamera hadapan 20-megapixel.

Telefon pintar ini turut dijangka hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC, serta dilengkapi Android 8.1 Oreo.

Kita mungkin akan mendengar spesifikasi penuh dan beberapa ciri unik yang disertakan pada telefon pintar ini pada 31 Mac 2018 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd