Tiga Versi Oppo F7 Akan Dilancarkan Dengan Kamera Swafoto 25-Megapixel

Tiga Versi Oppo F7 Akan Dilancarkan Dengan Kamera Swafoto 25-Megapixel

Diterbitkan pada Mac 16, 2018 oleh .

Oppo F7 akan dilancarkan di India pada 26 Mac hadapan. Beberapa imej acah yang dikongsi mengesahkan penggunaan skrin memanjang bertakuk pada peranti ini. Hari ini iklan untuk Oppo F7 di India telah tertiris.

Ia menunjukkan tiga versi yang akan dilancarkan ialah Oppo F7, Oppo F7 128Gb dan F7 Youth. Ketiga-tiga versi juga bakal dilengkapi kamera swafoto sebesar 25-Megapixel dengan kecerdasan buatan. Penghasilan tiga versi F7 ini menyamai promosi jualan Oppo F5 tahun lalu yang hadir dengan Oppo F5, F5 6GB dan F5 Youth. Oppo F7 ialah peranti yang dijangka dipasarkan di Malaysia dan bukannya Oppo R15 yang dilengkapi sistem dwi-kamera.


TIPS & ULASAN