Kamera penggila swafoto Oppo F5 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 2 November ini. Dari beberapa maklumat yang tertiris, ia akan dilengkapi skrin nirbingkai 18:9, pemproses Snapdragon 660 dan dwi-kamera selfie sebesar 12-Megapixel. Ini meletakkannya sebagai peranti selfie alternatif kepada Vivo V7+ yang dilancarkan beberapa minggu yang lalu.
Di Thailand nampaknya tiga model Oppo F5 akan dilancarkan. Ini berdasarkan risalah jualan yang tertiris ke arena web. Model yang bakal dilancarkan menurut risalah ini ialah Oppo F5, F5 6GB dan F5 Youth.
Perbezaan pada dua model pertama hanya terletak pada saiz RAM. Pada F5 Youth perbezaan ialah kamera utama hanya sebesar 16-Megapixel berbanding 20-Megapixel pada dua model pertama. Manakah model yang paling menarik minat pembaca Amanz?