Nokia 2 Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM399

Nokia 2 Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM399

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Nokia 2 baru sahaja mula ditawarkan di Malaysia sejak penghujung bulan lepas, dan kini nampaknya pihak HMD Global telah mula menawarkan diskaun, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkannya pada harga RM399.

Nokia 2 RM399

Nokia 2 merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah dibawah jenama Nokia, hadir dengan skrin 5-inci, cip Snapdragon 212, memori 1GB RAM, dan storan bersaiz 8GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Melalui Nokia 2, ciri ketahanan bateri menjadi fokus utama, dimana ia hadir dengan bateri berkapasiti 4100mAh.

Nokia 2 ini kini boleh didapati pada harga hanya RM399 berbanding harga asalnya RM429.

Selain Nokia 2, beberapa model lain turut ditawarkan diskaun, termasuk Nokia 8 pada harga RM1988, dan Nokia 3 pada harga RM499. Harga diskaun ini ditawarkan terhad sehingga 31 Mac 2018 ini.


TIPS & ULASAN