Cari @ Amanz

Tahun lalu aplikasi IKEA Place dilancarkan eksklusif untuk peranti iOS. Aplikasi realiti gabungan ini membolehkan perabot maya IKEA diletakkan di dalam dunia sebenar bagi membolehkan pelanggan mencubanya sebelum melakukan pembelian. Kerana ia menggunakan teknologi ARKit, versi Android tidak dihasilkan.

Hari ini IKEA Place versi Android akhirnya bole dimuat turun dan ia menggunakan teknologi realiti gabungan AR Core. Sama seperti versi iOS, pengguna boleh mencuba pelbagai perabot IKEA sebelum melakukan pembelian. Aplikasi juga boleh digunakan untuk mengecam rekaan perabot seperti Google Lens yang kemudian boleh dilihat menerusi aplikasi.

Memandangkan aplikasi ini menggunakan teknologi AR Core jumlah peranti yang boleh menjalankan aplikasi ini adalah terhad kepada Google Pixel, Google Pixel 2, Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S8, Samsung Galaxy Note 8, OnePlus 5, LG V30, LG V30+ dan Asus Zenfone AR.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd