Carian
Google ARCore 1.0 Dilancarkan Secara Rasmi – Pesaing Kepada Apple ARKit
February 25, 2018 Effi Saharudin

Selepas realiti maya, realiti gabungan ialah teknologi maya yang dijangka akan meletus. Apple memperkenalkan ARKit hampir setahun yang lalu dengan demo Star Wars yang menarik. Google tidak mahu ketinggalan dan mengumumkan ARCore sebagai pesaing dan menghentikan Project Tango.

Semalam akhirnya ARCore 1.0 dilancarkan secara rasmi dan aplikasi yang menggunakan teknologi ini sudah boleh digunakan pembangun untuk aplikasi di Play Store. ARCore 1.0 kini menyokong 13 peranti yang sudahpun berada di pasaran. Pada waktu yang sama Google bekerjasama dengan Samsung, Huawei, LGE, Motorola, ASUS, Xiaomi, HMD/Nokia, ZTE, Sony Mobile, dan Vivo untuk membawakan teknologi ini ke peranti keluaran mereka.

  1. Google Pixel
  2. Google Pixel XL
  3. Google Pixel 2
  4. Google Pixel 2 XL
  5. Samsung Galaxy S8
  6. Samsung Galaxy S8+
  7. Samsung Galaxy Note8
  8. Samsung Galaxy S7
  9. Samsung Galaxy S7 Edge
  10. LG V30
  11. LGV30+ (Android O sahaja)
  12. ASUS Zenfone AR
  13. OnePlus 5.
Komen