Cari @ Amanz

Saiz muat turun permua boleh mencecah 1 Gigabyte bergantung kepada kualiti grafik. Kadang kala ada permua bersaiz besar dimuat turun tetapi kemudian dinyahpasang kerana kurang menarik. Ini membuang masa dan membazir kuota data pengguna. Google Play Instant baru sahaja diumumkan dan ia membenarkan permua dimuat turun secara separa dengan saiz fail yang kecil. Sekiranya ia tidak menarik, pengguna tidak lagi membuang masa dan data untuk memuat turun.

Terdapat enam permainan yang boleh dicuba menerusi Google Play Instant iaitu Clash Royale, Words With Friends, Solitaire, Bubble Witch 3 Saga, Mighty Battles dan, Final Fantasy XV: A New Empire. Pada laman Play Store, terdapat butang Try Now untuk mencuba permua yang terletak bersebelah butang Install. Bagi pembangun, Google Play Instant ini masih lagi di peringkat Beta tertutup.

Google Play Instant ini bukanlah idea baru dan adalah sama seperti Android Instant Apps yang diperlihatkan pada tahun 2016 di Google I/O.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd