Oppo A71 Kini Ditawarkan Di Malaysia Dengan Storan 32GB

Oppo A71 Kini Ditawarkan Di Malaysia Dengan Storan 32GB

Diterbitkan pada Mac 21, 2018 oleh .

Oppo A71 memasuki pasaran tempatan pada September tahun lalu dengan storan sebesar 16GB. Di tahun 2018, ini ialah saiz storan yang boleh dikatakan terlalu kecil. Oleh itu Oppo A71 kini telah dikemaskini dengan storan lebih besar 32GB dan memori sebesar 3GB RAM.

Oppo A71 menggunakan skrin 5.2-inci dengan paparan HD , dijana pemproses MediaTek MT675, memori sebesar 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB, kamera 5-Megapixel di hadapan, kamera 13-Megapixel di belakang dan bateri sebesar 3000 mAh.

Bagi yang berminat, Oppo A71 dengan storan baru 32GB ini hanya ditawarkan menerusi Digi pada harga RM 699 sebuah bermula dari 22 Mac.


TIPS & ULASAN