Cari @ Amanz

Dengan skandal data yang melibatkan Facebook baru-baru ini, kini pembangun pelayar web Firefox, iaitu Mozilla mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sementara semua aktiviti pengiklanan di laman sosial terkemuka, Facebook.

Menurut pihak Mozilla, walaupun Facebook telah menawarkan lebih kawalan sejak tahun 2014 yang lepas, namun, tetapan asas pada laman sosial hari ini masih memberikan banyak data untuk diakses oleh aplikasi pihak ketiga.

Mozilla turut mengatakan mereka akan kembali mengiklan pada platform berkenaan selepas Mark Zuckerberg memperkenalkan penambah-baikkan pada tetapan privasi yang telah diumumkan beliau. Dengan kawalan yang lebih ketat terhadap privasi, Mozilla mengatakan mereka akan kembali mengiklan pada platform sosial berkenaan.

Sehingga itu, Mozilla kini mengambil langkah untuk menghentikan sementara pelbagai aktiviti pengiklanan pada laman sosial berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd