DxOMark : Huawei P20 Mencatatkan Skor 102, Huawei P20 Pro Tertinggi – 109

DxOMark : Huawei P20 Mencatatkan Skor 102, Huawei P20 Pro Tertinggi – 109

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Huawei hari ini telah melancarkan telefon pintar Huawei P20 dan Huawei P20 Pro secara rasminya, dan seperti biasa, sokongan kamera pada peranti ini turut menerima perhatian. Huawei turut menggunakan penanda-aras DxOMark untuk memperlihatkan keupayaan kamera mereka berbanding pengeluar yang lain.

Melalui skor yang dikeluarkan, Huawei P20 Pro dengan kamera 40-megapixel mencatatkan skor sebanyak 114 untuk rakaman gambar, dan 98 untuk rakaman video. DxOMark mengatakan ia menawarkan sokongan penstabilan yang sangat baik, sokongan rakaman cahaya malap yang baik, serta kesan bokeh yang baik.

DxOMark Huawei P20

Huawei P20 turut tidak ketinggalan, dan mencatatkan skor sebanyak 102 pada DxoMark, dengan skor 107 untuk rakaman gambar, dan 94 untuk rakaman video.

DxOMark Huawei P20 Pro

Dengan skor terbaru ini, Huawei mencatatkan angka tertinggi untuk peranti mudah-alih buat masa ini, mendahului pelbagai pengeluar lain di pasaran.


TIPS & ULASAN