Cari @ Amanz

Dunia fotografi telefon pintar semakin canggih. Di pelancaran Huawei P20 Pro semalam, kamera telefon pintar ini mempunyai tanda aras DXO tertinggi iaitu 109. Tetapi peranti dengan kamera seperti ini mempunyai tanda harga yang tinggi dan tidak semua pengguna mampu menukar peranti mereka. Sehubungan itu, terdapat banyak aksesori untuk menaik taraf kamera telefon pintar ditawarkan kepada pengguna.

Semalam Moment melancarkan siri lensa modular mereka yang memfokuskan pada rakaman video. Moment sebelum ini terkenal dengan aksesori lensa modular mereka. Lensa modular mereka mampu memambahbaik imej walaupun menggunakan telefon pintar generasi lama.

Antara aksesori modular baru mereka adalah lensa anamorphicLensa ini menawarkan zoom 1.33X dan rakaman video pada nisbah 2:40:1 Cinemascope. Lensa modular ini ditawarkan pada harga premium iaitu $149.99 (~RM579). Lensa ini juga mampu memberi kesan suar yang menarik dan rakaman skrin letterbox.

Selain itu, Moment turut memperkenalkan pemberat gimbal yang berharga $39 (~RM151). Ia boleh digunakan pada mana-mana monopod gimbal seperti DJI Osmo Mobile 2 atau Zhiyun Smooth Q. Ia juga mempunyai pemberat 60g, 90g dan 120g untuk memberi tambahan kestabilan pada monopod gimbal. Pemberat gimbal ini juga didatangi sekali dengan penyesuai getah untuk memberi cengkaman pada peranti.

Dua lagi aksesori Moment yang dilancarkan ialah penuras modular 62mm pada harga $398 (~RM151) dan juga kerangka bateri Photo Case yang ditawarkan pada harga $99 (~RM382).

Kepada mereka yang berminat dalam arena filemografi telefon pintar, semua aksesori baru Moment ini ditawarkan pada laman biayasama Kickstarter bermula hari ini sehingga 20 April 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd