Cari @ Amanz

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa pengeluar hadir dengan telefon pintar dilengkapi skrin bertakuk. Kini, OnePlus turut tidak ketinggalan, dan mengesahkan yang mana OnePlus 6 bakal hadir bersama-sama rekaan skrin bertakuk.

OnePlus 6

Bercakap mengenainya kepada TheVerge, Carl Pei mengatakan ia akan menawarkan rekaan yang lebih kecil berbanding iPhone X, kerana hanya menyertakan kamera hadapan dan juga earpiece. Tiada sebarang sensor pengecaman wajah khusus yang disertakan seperti iPhone X, membuatkan lebar takuk adalah sedikit kecil berbanding iPhone X.

OnePlus 6 turut memilih penggunaan skrin takuk dalam menawarkan akses panel paparan yang lebih luas berbanding sebelum ini. Mereka turut dikatakan sedang menguji sekitar 1000 aplikasi pada PlayStore yang popular supaya selari dengan rekaan skrin takuk mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh OnePlus untuk pelancaran telefon pintar baru ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd