Dengan pelancaran Oppo R15 tempoh hari, kini pelbagai desas-desus berkenaan dengan OnePlus 6 mula kedengaran. Seperti ramai sedia maklum, rekaan peranti OnePlus dan Oppo kadang-kala menyertakan elemen yang lebih kurang sama, tetapi menawarkan perbezaan dari segi harga dan juga sistem operasinya.
Mengikut desas-desus baru yang hadir ke arena web hari ini, ia dikatakan OnePlus 6 akan hadir dengan skrin 6.2-inci, dilengkapi cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.
Telefon pintar ini turut dijangka hadir menggunakan skrin dengan rekaan takuk, dwi-kamera belakang, dan turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas Dash Charge.
Seperti biasa, kita juga mungkin akan dapat melihat ia hadir dengan Oxygen OS yang mengekalkan pelbagai rekaan asas sistem operasi Android.
Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai OnePlus 6 ini dalam minggu-minggu akan datang.