Carian
(April Fool) Acer Hadir Dengan Komputer Riba Esktrim – Predator 31X
April 1, 2018 Aman

Acer pada tahun lepas telah hadir dengan Acer Predator Zero, iaitu komputer riba tanpa sebarang port. Untuk jenaka April Fool 2018 tahun ini, ia dilihat mereka hadir dengan Acer Predator 31X, dikatakan sebagai komputer riba paling berkuasa tinggi daripada Acer setakat ini, dan merupakan generasi seterusnya untuk Predator 21X sebelum ini.

Acer Predator 31X

Acer Predator 31X dikatakan hadir dengan skrin 31-inci MegaUltraWide QHD, sokongan dok dengan ciri tablet, dan menariknya hadir dengan pilihan menggunakan kuasa diesel untuk penggunaan mudah-alih.

Seperti biasa, ini hanya jenaka kreatif daripada Acer bersempena dengan tarikh 1 April 2018 ini. Jadi, apa kata anda mengenai jenaka kreatif Acer untuk tahun ini?

Komen