Cari @ Amanz

Oppo kini ialah pengeluar telefon pintar nombor empat terbesar di dunia. Telefon pintar mereka adalah antara jenama yang paling popular di Malaysia. Sebelum menghasilkan telefon pintar, mereka adalah sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan audio dan video berprestasi tinggi sejak 2004. Semalam Oppo Digital mengumumkan mereka tidak lagi akan menghasilkan produk-produk baru.

Dengan ini mereka tidak akan lagi menghasilkan fon kepala dan pemain 4K UHD Blu-ray. Kepada pelanggan, mereka akan terus menyokong kemaskini firmware produk dan memberikan khidmat pelanggan ke atas produk-produk yang telah terjual. Produk yang masih di bawah jaminan juga akan terus disokong begitu juga dengan khidmat baik pulih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd