Carian
Telefon Pintar Untuk Gaming Xiaomi Black Shark Akan Dilancarkan Pada 13 April
April 4, 2018 Effi Saharudin

Razer Phone mengembalikan semula minat pengeluar untuk menghasilkan telefon pintar yang mensasarkan golongan yang meminati permua. Spesifkasi yang tinggi, skrin serta bateri yang besar membuatkan Razer Phone cukup cocok untuk keperluan mereka. Xiaomi juga bakal melancarkan telefon pintar untuk gaming mereka menggunakan jenama Black Shark.

Peranti Black Shark ini akan dilancarkan pada 13 April hadapan. Jemputan ke majlis ini telah mula disedarkan kepada media di China. Dari beberapa imej rasmi yang telah dimuat naik, peranti Black Shark akan dijana oleh pemproses Snapdragon 845. Ura-ura mengatakan ia akan dilengkapi memori sehingga 8GB RAM, storan 256GB dan skrin 120HZ seperti Razer Phone. Nantikan kemunculannya sembilan hari dari sekarang.

Komen