Carian
Facebook Mengemaskini Antaramuka App Settings Bagi Memudahkan Pembatalan Akses Aplikasi Secara Pukal
April 4, 2018 Effi Saharudin

Data peribadi pengguna Facebook sering kali diakses oleh aplikasi tanpa mereka sedari. Anda mungkin pernah mengambil kuiz atas talian yang memerlukan log masuk Facebook sekali kemudian terlupa untuk menarik semula akses tersebut. Pasca skandal Cambridge Analytica beberapa minggu yang lalu, ramai semakin cakna dalam memberikan akses kepada aplikasi pihak ketiga.

Anda perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan meningkatkan tahap privasi akaun Facebook ialah menarik akses kepada aplikasi menerusi . Tetapi sebelum ini ia perlu dilakukan secara satu persatu. Ini memakan masa dan memenatkan.

Antaramuka App Settings kini telah dikemaskini dan membolehkan aplikasi dipilih secara pukal untuk dipadam. Ia boleh digunakan pada versi desktop dan aplikasi peranti pintar hari ini. Bagi mereka yang masih belum menarik akses kepada aplikasi yang tidak digunakan, kini tiada lagi alasan untuk tidak melakukannya.

Komen